Salam... Minggu ni aku terasa macam lama betul masa berlalu... Mungkin sebab aku ternanti - nanti hari Ahad ni kot.. Aku memang sedang menghitung hari, jam dan saat...Emmm nape ek nak tunggu hari Ahad ni? Apa ada dengan hari Ahad? InsyaAllah.. Ahad, 3rd Jun 2012 Jam 3.00pm suami tercintaku sampai di KLIA setelah 3 bulan diperantauan... Rindu rase nye huhuuhu.. Tak sabar nak tengok reaksi Iman bile nampak ayah die nnt :) mesti tergedik2 die nnt hehehe.. Ahad nnt aku akan post kan reaksi Iman k :) ... Sekian dulu. Salam.
♥SITI::HAJAR::SAID::PUTRA♥
aLL aBOUT My Love,Life & Little Baby. aNd Also my SHOP
Friday, June 1, 2012
Thursday, May 17, 2012
Colombia Asia Hospital - Cheras
Salam uolls... Kali ni aku meng-update blog di Bilik 81A Colombia Asia Hospital-Cheras...Hari ni dah masuk 2 hari aku berkampung kat sini...
Colombia Asia Hospital - Cheras (Picture ni aku copy dari Website je - tak sempat nak keluar amik gambar) |
Alkisahnya...selasa lepas Iman still belum sihat sepenuhnya..tapi demam dia dah tak setinggi semalam. Tapi yang aku rasa tak sedap hati bila tengok Iman meneran (buang air besar) semakin kerap. Selang sejam Iman akan menonggeng sakit perut dan meneran (macam nak poopoo keras je) tapi najis yang sikit je. Iman pun semakin kurang aktif, selera makan & minum turun. Dan the best part yang buat aku risau, najis Iman berlendir dan ada sikit darah..bukan sekali tapi lebih 2 kali gak aku perasan ada darah kat najis dia... So bila bawak ke klinik, doctor klinik tue suruh rujuk ke hospital.. So memandangkan hospital area Langat ni yang dekat dan confirm aku tau ada ING ialah Colombia Asia Cheras... So, bermula la malam aku di sini..
Ini lah budak sakit tue |
Tuesday, May 15, 2012
Muhammad Iman Demam Lagi
Main atas kereta atok die |
Dah penat berdiri..reult darah lambat lagi |
Selepas hampir 1 jam result kuar & mmg ada jangkitan bakteria, maybe dari batuk die yang hampir seminggu tak baik. Tapi doctor kata so far iman masih nak makan n minum so doc kata tak admit pun takpa. Cuma dia bg ubat2 + antibiotik utk iman.
Nak pujuk pakai COOL FEVER |
Sempat melaram lagi |
Alahmdulillah berjaya COOL FEVER tue bertahan kat dahi Iman utk 1 hari :) Biase nye 1 minit pun susah dah melekat kat dahi dia.
So dah 2 hari Ibu Emergency Leave utk jaga Iman. Harap sangat Iman sembuh hari ni.. Dapat la aku masuk kerja esok.
Red Valvet Cake untuk Umi ku
Salam semua... entry kali ni just nak share pengalaman pertama aku buat and makan kek red valvet.. Aku buat utk umi ku Pn Siti Aishah
Umiku |
Yang paling happy umiku sangat suka dengan kek ni.. Umi aku ni bukan jenis yang suka sangat kek.. tp bila aku buat Red Valvet ni..umi sangat suka...Alhamdulillah pilihan yang tepat :)
Inilah rupa Red Valvet kek yang aku buat |
Inilah kek yang hampir separuh habis.. Alhamdulillah mendapat sambutan. Cuma rupanya yang kurang cantik... Terima Kasih kepada Cik Ila Ahmad dari Myresipi. So di bawah aku sharekan resipi kek ni utk uolls semua :) Selamat Mencuba ..
Bahan-bahan:
Bahan Kek:
2 1/2 cwn (250gm) tepung gandum
1 sk garam
2 sb serbuk kok
1/2 cwn (1/2 buku) butter
1 1/2 cwn gula
2 biji telur
1 sk esen vanila
1 cwn susu segar (dicampurkan dgn 1sb perahan lemon dan dibiarkan 5 minit)
2 sb pewarna merah
1sk cuka
1sk baking soda
Bahan-bahan Topping;
250gm creamchesse
30gm butter
1sb perahan lemon
1sb asen vanila
1sb susu segar
Cara-cara;
1. Ayak tepung, garam dan serbuk koko. (ketepikan).
2. Pukul mentega hingga lembut. Tambah gula dan pukul hingga ringan.
3. Masukkan telur satu per satu dan asen vanilla. Pukul hingga sebati.
4. Masukkan susu, pukul dgn kelajuan sederhana dan masukkan tepung,garam,serbok koko (yang dah diayak tadi)
5. Masukkan pewarna merah
6. Dalam mangkuk kecil, campurkan bahan cuka dan baking soda (biar berbuih dan tuang ke dalam adunan kek) kalau hingga sebati
7. Bakar 1800C selama 25 - 30 minit
8. Sejukkan dan hias dengan cream chesse toping
Cara-cara toping:
1. Pukul cream chesse dan mentega hingga lembut dan gebu.
2. Masukkan perahan lemon, asen vanila dan susu segar
Wednesday, May 2, 2012
♥♥ Rindu ♥♥
Pejam celik pejam celik dah hampir 2 bulan en.hubby jauh di perantauan. Tinggal sebulan ja lagi en hubby nak balik huhuhu. Tak sabar rasanya...Rindu sangat. Iman pun mesti rindu sangat kat ayah dia. Mcm na la respon dia bila nampak ayah dia kat Airport nnt :) hehehe
Sebenarnya entry aku kali ni nak story kenangan aku 3 tahun lepas. Sama mcm sekarang cuma dulu aku baru 2 minggu kahwin & aku belum ada baby. Tp sekarang ni situasi dah berubah skit sbb aku dah ada Iman. So kira tak la sunyi sangat. Cuma pengalaman tinggal bersendirian bersama Iman agak mencabar gak la. Dah biasa berdua menjaga Iman, so bila sorang ni mula² tue kelam kabut gak la. Nasib baik gak la ada adik ipar yang banyak membantu dan menemani aku.. Thank you so much IYLAH SALLEH...
3 Tahun lepas aku suka dengar lagu Dafi - Bila Terasa Rindu. (Jiwang la plak)
Dengar lagu ni mesti teringat En.hubby.. Tapi bila en Hubby dah balik mmg tak dengar dah lagu ni hehehe. Dah dekat 3 tahun gak la aku tak dengar lagu ni.Tetiba petang isnin lepas time on the way balik langat leh la plak radio pasang lagu ni...macam tau² je aku tengah rindu kat en hubby :) ape lagi.. layan jiwang la huhu..
eemm k la nak layan lagu ni jap.. daaaaa..
Sebenarnya entry aku kali ni nak story kenangan aku 3 tahun lepas. Sama mcm sekarang cuma dulu aku baru 2 minggu kahwin & aku belum ada baby. Tp sekarang ni situasi dah berubah skit sbb aku dah ada Iman. So kira tak la sunyi sangat. Cuma pengalaman tinggal bersendirian bersama Iman agak mencabar gak la. Dah biasa berdua menjaga Iman, so bila sorang ni mula² tue kelam kabut gak la. Nasib baik gak la ada adik ipar yang banyak membantu dan menemani aku.. Thank you so much IYLAH SALLEH...
3 Tahun lepas aku suka dengar lagu Dafi - Bila Terasa Rindu. (Jiwang la plak)
Dengar lagu ni mesti teringat En.hubby.. Tapi bila en Hubby dah balik mmg tak dengar dah lagu ni hehehe. Dah dekat 3 tahun gak la aku tak dengar lagu ni.Tetiba petang isnin lepas time on the way balik langat leh la plak radio pasang lagu ni...macam tau² je aku tengah rindu kat en hubby :) ape lagi.. layan jiwang la huhu..
eemm k la nak layan lagu ni jap.. daaaaa..
Tuesday, April 24, 2012
Cinta Bersatu - Liyana Jasmay
Just for sharing... suka sangat lagu ni..sweet je dengar...& aku nak tujukan lagu ni khas untuk my hubby (Faiz Salleh). Love u so much...
Friday, March 16, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)