Friday, June 1, 2012

Minggu yang lama

Salam... Minggu ni aku terasa macam lama betul masa berlalu... Mungkin sebab aku ternanti - nanti hari Ahad ni kot.. Aku memang sedang menghitung hari, jam dan saat...Emmm nape ek nak tunggu hari Ahad ni? Apa ada dengan hari Ahad? InsyaAllah.. Ahad, 3rd Jun 2012 Jam 3.00pm suami tercintaku sampai di KLIA setelah 3 bulan diperantauan... Rindu rase nye huhuuhu.. Tak sabar nak tengok reaksi Iman bile nampak ayah die nnt :) mesti tergedik2 die nnt hehehe.. Ahad nnt aku akan post kan reaksi Iman k :) ... Sekian dulu. Salam.

Thursday, May 17, 2012

Colombia Asia Hospital - Cheras

Salam uolls... Kali ni aku meng-update blog di Bilik 81A Colombia Asia Hospital-Cheras...Hari ni dah masuk 2 hari aku berkampung kat sini...
Colombia Asia Hospital - Cheras
  (Picture ni aku copy dari Website je - tak sempat nak keluar amik gambar)

Alkisahnya...selasa lepas Iman still belum sihat sepenuhnya..tapi demam dia dah tak setinggi semalam. Tapi yang aku rasa tak sedap hati bila tengok Iman meneran (buang air besar) semakin kerap. Selang sejam Iman akan menonggeng sakit perut dan meneran (macam nak poopoo keras je) tapi najis yang sikit je. Iman pun semakin kurang aktif, selera makan & minum turun. Dan the best part yang buat aku risau, najis Iman berlendir dan ada sikit darah..bukan sekali tapi lebih 2 kali gak aku perasan ada darah kat najis dia... So bila bawak ke klinik, doctor klinik tue suruh rujuk ke hospital.. So memandangkan hospital area Langat ni yang dekat dan confirm aku tau ada ING ialah Colombia Asia Cheras... So, bermula la malam aku di sini..

Ini lah budak sakit tue

Tuesday, May 15, 2012

Muhammad Iman Demam Lagi

Salam.. sementara si anak yang sakit ni tido dapat la aku meng-update blog yang jarang sekali dapat di-updated- kan.. Aku nak cerita pengalaman Iman demam panas..kali ni yang mencabar sikit sebab Iman demam sekali pakej dengan cirit yang membuatkan bon**t die melecet teruk. Apa yang dia makan pun aku tak pasti... 
Actually Iman mmg dah demam start hari Khamis ptg time aku amik dr Nursery die.. tapi tak la teruk just demam sikit dalam 37.5 C je. Then bagi ubat panas turun.. Jumaat tue pun macam tue gak tapi tak sangka sabtu malam (time ni aku dah balik langat n tgh buat red valvet kek) umi aku cakap Iman macam menggigil sejuk je. Aku pun terus tak sedap hati, nasib baik time tue kek aku tengah bakar. Aku pun check suhu badan die, tepat sekali. Memang suhu die naik. Dan start malam tue gak la Iman mula cirit and kalau tak silap aku malam tue je dah 3-4 kali tukar pampes. 
Ahad tue klinik buka je aku terus g klinik tapi macam tak membantu sbb tenghari tue belum sampai 4jam suhu die naik lagi. Kalau ikut pengalaman yang lepas, ni tanda2 ada jangkitan bakteria dlm bdn die. So aku pun ajak la ayah aku g hospital.. ayah aku bawak g Colombia Hospital Cheras Selatan. Ayah aku cpt tempat tue tak brape ramai org so aku pun follow je la.. & Alhamdulillah syukur sangat  Allah nak tolong aku time tue sbb hospital tue ada ING. Sekiranya admit pun aku tak berapa risau. 
Sampai je hospital darah iman diambil utk check apa mslh nya... tapi doctor mintak utk terus pasang tube kat tangan iman in-case kene admit. Sambil menunggu result darah Iman dengan rasa tak selesanya asyik nangis nak bukak bandage die. terpaksa la mencari jalan utk meleka kan die..kat bawah ni ada beberapa pic yang aku snap utk pujuk2 die supaya die lupa tangan die kene balut hehehe... 

Lekakan Iman dari menangis sbb nak buka bandage kat tangan tue

Main atas kereta atok die

Dah penat berdiri..reult darah lambat lagi
 Selepas hampir 1 jam result kuar & mmg ada jangkitan bakteria, maybe dari batuk die yang hampir seminggu tak baik. Tapi doctor kata so far iman masih nak makan n minum so doc kata tak admit pun takpa. Cuma dia bg  ubat2 + antibiotik utk iman. 
  
Nak pujuk pakai COOL FEVER 
Sempat melaram lagi
 Alahmdulillah berjaya COOL FEVER tue bertahan kat dahi Iman utk 1 hari :) Biase nye 1 minit pun susah dah melekat kat dahi dia.

So dah 2 hari Ibu Emergency Leave utk jaga Iman. Harap sangat Iman sembuh hari ni.. Dapat la aku masuk kerja esok.


Red Valvet Cake untuk Umi ku

Salam semua... entry kali ni just nak share pengalaman pertama aku buat and makan kek red valvet.. Aku buat utk umi ku Pn Siti Aishah 
Umiku
 Yang paling happy umiku sangat suka dengan kek ni.. Umi aku ni bukan jenis yang suka sangat kek.. tp bila aku buat Red Valvet ni..umi sangat suka...Alhamdulillah pilihan yang tepat :)

Inilah rupa Red Valvet kek yang aku buat
Inilah kek yang hampir separuh habis.. Alhamdulillah mendapat sambutan. Cuma rupanya yang kurang cantik... Terima Kasih kepada Cik Ila Ahmad dari Myresipi. So di bawah aku sharekan resipi kek ni utk uolls semua :) Selamat Mencuba ..

Bahan-bahan:

Bahan Kek:
2 1/2 cwn (250gm) tepung gandum
1 sk garam
2 sb serbuk kok
1/2 cwn (1/2 buku) butter
1 1/2 cwn gula
2 biji telur
1 sk esen vanila
1 cwn susu segar (dicampurkan dgn 1sb perahan lemon dan dibiarkan 5 minit)
2 sb pewarna merah
1sk cuka
1sk baking soda

Bahan-bahan Topping;
250gm creamchesse
30gm butter
1sb perahan lemon
1sb asen vanila
1sb susu segar

Cara-cara;
1. Ayak tepung, garam dan serbuk koko. (ketepikan).
2. Pukul mentega hingga lembut. Tambah gula dan pukul hingga ringan.
3. Masukkan telur satu per satu dan asen vanilla. Pukul hingga sebati.
4. Masukkan susu, pukul dgn kelajuan sederhana dan masukkan tepung,garam,serbok koko (yang dah diayak tadi)
5. Masukkan pewarna merah
6. Dalam mangkuk kecil, campurkan bahan cuka dan baking soda (biar berbuih dan tuang ke dalam adunan kek) kalau hingga sebati
7. Bakar 1800C selama 25 - 30 minit
8. Sejukkan dan hias dengan cream chesse toping

Cara-cara toping:
1. Pukul cream chesse dan mentega hingga lembut dan gebu. 
2. Masukkan perahan lemon, asen vanila dan susu segar

Wednesday, May 2, 2012

♥♥ Rindu ♥♥

Pejam celik pejam celik dah hampir 2 bulan en.hubby jauh di perantauan. Tinggal sebulan ja lagi en hubby nak balik huhuhu. Tak sabar rasanya...Rindu sangat. Iman pun mesti rindu sangat kat ayah dia. Mcm na la respon dia bila nampak ayah dia kat Airport nnt :) hehehe


Sebenarnya entry aku kali ni nak story kenangan aku 3 tahun lepas. Sama mcm sekarang cuma dulu aku baru 2 minggu kahwin & aku belum ada baby. Tp sekarang ni situasi dah berubah skit sbb aku dah ada Iman. So kira tak la sunyi sangat. Cuma pengalaman tinggal bersendirian bersama Iman agak mencabar gak la. Dah biasa berdua menjaga Iman, so bila sorang ni mula² tue kelam kabut gak la. Nasib baik gak la ada adik ipar yang banyak membantu dan menemani aku.. Thank you so much IYLAH SALLEH...  


3 Tahun lepas aku suka dengar lagu Dafi - Bila Terasa Rindu. (Jiwang la plak)




Dengar lagu ni  mesti teringat En.hubby.. Tapi bila en Hubby dah balik mmg tak dengar dah lagu ni hehehe. Dah dekat 3 tahun gak la aku tak dengar lagu ni.Tetiba petang isnin lepas time on the way balik langat leh la plak radio pasang lagu ni...macam tau² je aku tengah rindu kat en hubby :) ape lagi.. layan jiwang la huhu..
eemm k la nak layan lagu ni jap.. daaaaa..



Tuesday, April 24, 2012

Cinta Bersatu - Liyana Jasmay

Just for sharing... suka sangat lagu ni..sweet je dengar...& aku nak tujukan lagu ni khas untuk my hubby (Faiz Salleh). Love u so much...



Friday, March 16, 2012