Friday, August 19, 2011

♥ Homemade Cookies Raya ♥

Setelah seminggu aku menyepi kerana ketiadaan masa utk meng-update blog ni, hari ni aku nak kongsi cerita tentang biskut raya...sebagai tradisi kalau hari raya Aidilfitri mesti ada kuih raya...& selama aku membesar umi jarang sangat² beli kuih raya...umi akan buat sendiri sbb bagi dia x berbaloi sbb anak²nya ramai. Lebih jimat buat sendiri & aku la yang selalu menjadi asistant sejak dari sekolah rendah lg. Setelah aku semakin besar & remaja...(sekolah menengah) umi lepaskan tanggungjawab tue pada aku dan sampai sekarang aku la antara org paling BZ pada seminggu sebelum raya.

Antara kuih raya yang wajib kami buat adalah :
1. Biskut Hati (biskut turun temurun warisan Family Gombak)
2. Chocolate Chip Cookies 
3. Quaker Oats Cookies
4. Tart Nenas (gulung) 
5. Almand London (tp lately ni aku dah tak buat) 
6. Lain² yang saja² nak ubah selera.

Last Sunday, aku & akak (my x-maid) buat la 3 jenis kuih untuk dijadikan sample order. Antara kuihnye ialah Biskut hati, Choc. Chip & Quaker Oat Cookies....Semua biskut ni kami jual 50 biji = RM 18.00 ... Sebenarnya tak de niat pun nak jual..tapi sebabkan ada permintaan so aku pun buat la...untuk membuktikan yang all the cookies 100% homemade aku nak sharekan sikit gambar proses...☻
Ni la mixer yang telah berkhidmat dgn aku lebih 10thn :) 

Ni pulak oven yang aku gunakan...tp ni yang baru...yang lama umi ku hantar repair...

Biskut Hati
Bahan² yang di gunakan adalah tepung gandum, gula aising, planta, telur, baking powder, asen vanila dan serbuk koko...dan yang paling penting untuk mendapatkan bentuk hati, kenelah ada acuan hati yang mmg klasik ni...agk2 korng penah jumpa tak? kalau aku tak silap ada jual kat chow kit.tp acuannya kecik skit...

Dan inilah rupannya biskut hati ku hehehe...tp sory la aku terlupa nak snap proses menjadikan dan menggunakan acuan hati tue...tapi tak pa, nnt aku nak buat untuk raya ni aku amik k ☻..

 Chocolate Chip Cookies
Bahan² yang digunakan Butter, shortening (lemak sayur), tepung gandum, brown sugar, choc.chip, chop nut, bikarbonate soda, asen vanila, telur. 



Inilah hasilnya...

Quaker Oats Cookies
 Aku terlupa nak snap bahan²nya la..aku just share untuk biskut ni bahan² yang digunakan ialah butter, tepung kek,gula kaster, oat halus (oat yang dikisar halus), oat kasar (utk dgolekkan), dan telur..
Mcm ni cara nya adunan di sudukan dan akan drop kan ke bekas yang penuh Oat kasar untuk di golek² kan.. 


Golek²kan pada oat kasar..

so, kalau ada yang berminat nak rasa semua biskut ni secara percuma boleh la dtg beraya di rumah umi ku di Hulu Langat ye ☻ & kalau ada yang berminat nak beli or order feel free to contact my phone number 013-2932335 ♥♥

No comments:

Post a Comment