Tuesday, October 25, 2011

♥ Petua Pindah Rumah Baru ♥

Semperna nak pindah rumah baru ni, sy pun cari² la petua dan amalan utk masuk rumah baru menurut cara ISLAM.

1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk opis/umah baru. Ia juga baik bg bangunan yg telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh saper2...Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/umah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yg suka tinggal di umah yg tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yg bermaksud; "jgn lah kamu jadikan rumahmu spt kubur (hanya utk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

3.Banyakkan solat dan membaca Al-Quran
Dlm sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yg bermaksud;"Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al Ikhlas 3 kali, elawat ke atas nabi senayak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar rumah cara Islam
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut2 tertentu di rumah atau bangunan yg diduduki dgn kepercayaan bhw benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimanapun ada cara yg dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut; ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan2 hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yg terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jarum jam. 
walahualam.

♥♥ Pindah Rumah♥♥

Salam...hari ni baru ada masa nak update blog ni setelah hampir 2 bln menyepi....huhuhu.. lepas raya puasa yg lepas, sy mmg sedikit bZ dgn persiapan pindah rumah....ALHAMDULILLAH rumah yg kami beli dh pun siap pada pertengahan ogos. dan INSYAALLAH hjg minggu ni kami 1 family pindah ke rumah baru di SHAH ALAM 2, BANDAR PUNCAK ALAM...next post sy akan kongsikan gambar²  plak k..

Friday, September 9, 2011

♥♥ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ♥♥

Salam semua, lama aku bercuti semperna hari raya ni tambahan plak naik² keje je trus bz so ni je time utk aku meng-update blog aku....so utk masa yang singkat ni cukup utk aku share pic raya yang lepas....bye...salam.

Aku, En hubby & My lil son 

With Family En. Hubby 

Thursday, August 25, 2011

Pindah Opis Baru VS Hari Raya Aidilfitri ♥♥

Hari ni tinggal lagi 2 hari lagi utk keje lepas tu cuti RAYAAAAA :)..tp nak jadikan cerita dlm tak de mood nak keje ni (sbb dah tukar mode Raya hehehe) kene la plak bertungkus lumus mengemas opis untuk pindah.Huh...mmg penat giler..bln² puasa mcm ni pindah opis plak..mmg dugaan...nasib baik la pindah dari tingkat 2 ke tingkat 1 je...tp itu pun dah jadi sgt letih...kalau bkn bulan puasa rasenye ok lagi kan. Ini pun sempat curi² tulang berehat, dpt la berblog sekejap..So, dah alang² ni aku nak ucapkan 
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR & BATIN 
kpd semua umi ayah, mak & ayah mertua, adik beradik, sedara mara, sahabat handai, kawan² dan semua....Kepada yang balik kampung tue hati² dijalan raya ingatla org yang tersayang ☻☻

Friday, August 19, 2011

♥ Homemade Cookies Raya ♥

Setelah seminggu aku menyepi kerana ketiadaan masa utk meng-update blog ni, hari ni aku nak kongsi cerita tentang biskut raya...sebagai tradisi kalau hari raya Aidilfitri mesti ada kuih raya...& selama aku membesar umi jarang sangat² beli kuih raya...umi akan buat sendiri sbb bagi dia x berbaloi sbb anak²nya ramai. Lebih jimat buat sendiri & aku la yang selalu menjadi asistant sejak dari sekolah rendah lg. Setelah aku semakin besar & remaja...(sekolah menengah) umi lepaskan tanggungjawab tue pada aku dan sampai sekarang aku la antara org paling BZ pada seminggu sebelum raya.

Antara kuih raya yang wajib kami buat adalah :
1. Biskut Hati (biskut turun temurun warisan Family Gombak)
2. Chocolate Chip Cookies 
3. Quaker Oats Cookies
4. Tart Nenas (gulung) 
5. Almand London (tp lately ni aku dah tak buat) 
6. Lain² yang saja² nak ubah selera.

Last Sunday, aku & akak (my x-maid) buat la 3 jenis kuih untuk dijadikan sample order. Antara kuihnye ialah Biskut hati, Choc. Chip & Quaker Oat Cookies....Semua biskut ni kami jual 50 biji = RM 18.00 ... Sebenarnya tak de niat pun nak jual..tapi sebabkan ada permintaan so aku pun buat la...untuk membuktikan yang all the cookies 100% homemade aku nak sharekan sikit gambar proses...☻
Ni la mixer yang telah berkhidmat dgn aku lebih 10thn :) 

Ni pulak oven yang aku gunakan...tp ni yang baru...yang lama umi ku hantar repair...

Biskut Hati
Bahan² yang di gunakan adalah tepung gandum, gula aising, planta, telur, baking powder, asen vanila dan serbuk koko...dan yang paling penting untuk mendapatkan bentuk hati, kenelah ada acuan hati yang mmg klasik ni...agk2 korng penah jumpa tak? kalau aku tak silap ada jual kat chow kit.tp acuannya kecik skit...

Dan inilah rupannya biskut hati ku hehehe...tp sory la aku terlupa nak snap proses menjadikan dan menggunakan acuan hati tue...tapi tak pa, nnt aku nak buat untuk raya ni aku amik k ☻..

 Chocolate Chip Cookies
Bahan² yang digunakan Butter, shortening (lemak sayur), tepung gandum, brown sugar, choc.chip, chop nut, bikarbonate soda, asen vanila, telur. 



Inilah hasilnya...

Quaker Oats Cookies
 Aku terlupa nak snap bahan²nya la..aku just share untuk biskut ni bahan² yang digunakan ialah butter, tepung kek,gula kaster, oat halus (oat yang dikisar halus), oat kasar (utk dgolekkan), dan telur..
Mcm ni cara nya adunan di sudukan dan akan drop kan ke bekas yang penuh Oat kasar untuk di golek² kan.. 


Golek²kan pada oat kasar..

so, kalau ada yang berminat nak rasa semua biskut ni secara percuma boleh la dtg beraya di rumah umi ku di Hulu Langat ye ☻ & kalau ada yang berminat nak beli or order feel free to contact my phone number 013-2932335 ♥♥

Wednesday, August 10, 2011

Asma

Hari ni aku nak share pengalaman aku menghadapi Iman yang Lelah/Asma/Semput..Pada mlm Selasa lepas Iman batuk tak henti²..pastu tidur pun kejap² je n nangis mcm org x selesa nk bernafas..aku n En Hubby bergilir² dokong die sbb die nak tido tegak.cian kat die tp kami xtau die kene asma..mmg ade rase mcm die susah nk bernafas.tp x sangka plak sampai kene asma..aku n en Hubby mmg xde pengalaman or adik beradik yg ada asma so, mmg dua² blur la kan..so esoknya kul 8 pagi kami g klinik yg biase kami pergi Klinik An-Nur  (oppsss bukan An-Nur tp Klinik An-Nisa') Subang Bestari tp sepanjang bulan Ramadhan ni klinik tue start operasi kul 9 pgi..lambat daaa..so kami pn pergi Klinik Alam Medic Subang Perdana..klinik ni mmg buka sbb 24hrs kn...
Sampai² je klinik & jumpa doktor, doktor bgtau Iman bukan semput skit² tp Iman mmg dah kene ASMA agak teruk jugak...& Iman kene amik Nebulizer utk pertama kalinye...& doktor mintak kami datang lagi pukul 3 utk amik 2nd dos Nebulizer. so Iman dpt 3 jenis ubat lelah. Iman makan ubat tue kira makin ok la...lepas 2nd dos yg Iman amik, Iman dah makin ok...batuk pn kurang..nafas pn dah makin ok...Doktor pesan kalau mlm dlm kul 11 Iman still batuk² teruk, kami kene byk Iman g klinik lg...tp kalau ok, just dtg esok pagi utk check lg...
1st Dos Nebulizer [9.00 a.m 9/8/2011]

2nd Dos Nebulizer [3.00 p.m 9/8/2011]

So, pagi ni kul 8.00 pagi kami pergi lagi klinik utk check Iman..Doktor check mmg Iman kene amik lagi sekali Nebulizer ... n after that Iman kene dtg lagi pukul 6 ptg ni utk check either perlu utk nebulizer lg or x... So hope sgt Iman dah ok n x perlu amik nebulizer...Amin...

3rd Dos Nebulizer [8.45 a.m 10/8/2011]


♥ Sabtu [ 6 Ogos 2011 ] ♥

Hari ni aku & family balik Penang. Kami bertolak seperti biasa la kan..awal pagi (dlm kul 3 pagi la kan) dan sampai dlm pukul 8.30 pagi...Hari ni berbuka dengan meriah sbb nak celebrate birthday Iman lg :)..so ni kali ke 3 la Iman potong kek birthday. :)....seronok Iman baru setahun dah 3 kek die hehehehe...Menu berbuka mmg best la kn..sbb Cik Iylah kita masak ala western gitu...menunya Ayam grill + Kentang goreng + Salad...termasuk kek Iman...huhuhu..





Esokan paginye Cik Iylah (Maksu Iman) wat photoshoot sebagai hadiah birthday Iman :)... ni ada aku share kan sikit hasil karya Iylah Salleh utk tatapan umum..:) kira promote la ni hehhee...seseiapa yg berminat nak cari photographer utk enggagement, wedding, or apa² event la...le la contact IYLAH SALLEH; http://iylahdotkom.blogspot.com/ [ Bukan Siapa-Siapa tapi PhotoG]


Sunday, August 7, 2011

Friday :: 5 August 2011

Hari ni balik dr keje aku balik berbuka dan celebrate Birthday Iman di Kg Sg Serai Hulu Langat..Celebrate birthday Iman & Cik Ieya sekali....Pilihan kek, aku dah tempah 2 minggu lepas ikut pilihan Ucu Dijah iaitu Kek Ice Cream...eeemmmm yummy..hehehe..ni kira 2nd celebration utk Birthday Iman yg pertama ni...Ceh wahhhh..baru sethn dah celebrate birthday byk kali kn....ni ada gambar² Iman dan kek nye :)
Ini 1st time Iman mandi kolam. Sebelum ni kolam ni rosak..Iman dah setahun baru Atok ada kesempatan utk repair kolam ni...Dpt la Iman enjoy main air mcm ibu dan pakcik² n makcik² Iman masa kecik2 dulu....Kiranya kolam ni dah masuk generasi ke 2 la ek hehehehe....

Ini la Kek Ice Cream yg aku tempah di Madina Cake House

Hehehehe ini dia Iman enjoy potong kek :)

Awal pagi tue dlm kul 3pagi kami (aku, En Hubby n Iman) bertolak balik Kg Penang plak :) jumpa Tok, Tok Wan, Mak su Iylah & Mak cik Siti :)... Maksu Iylah nak wat photoshoot utk Iman hehehehe...hadiah Birthday Iman :) So nntkan hasilnya....

Wednesday l 3rd August 2011

Alhamdulillah pejam celik, pejam celik, dah setahun aku lalui saat² melahirkan putera kesayangan ku Muhammad Iman. 3rd Ogos 2011 genap umur Iman 1thn. Memandangkan sekarang ni bulan puasa, so kami anak beranak just celebrate dgn belikan kek dan  buka puasa kat McD Giant Shah Alam je...Just celebrate kecik² je..



Ini kek yg aku beli utk Birthday Iman...kek ni aku beli utk Iman bawak ke nursery die :)...
Dah setahun dah anak ibu ni :)....Ibu doakan Iman menjadi anak yg soleh, taat perintah Allah, dan membesar dengan sihat :) ....Amin.

Tuesday, July 19, 2011

Family Day - Hot Spring Sungkai

 Family Day Keluarga Md Salleh Md Gaus & Zaiton Ahmad telah diadakan pada 18 & 19 Jun 2011 di Felda Hot Spring Sungkai yang lepas.... :) wahhh..formal plak starting aku kali ni hehehe....Family day ni aku & iylah dah wat planning dari bulan 4 lg..awal giler kan...bkn apa, tempah yang kitorang nak wat ni antara tempat yg selalu penuh. so kami terpaksa booking awal2. ni aku uploadkan gambar2 yang menjadi kenangan manis kami sekeluarga....
pic ni kami amik masa dah nak balik

 Pic atas tue, Farid tgh bukak durian yang di import dari Penang hehhe

Picture bawah ni antara gambar2 kami sepanjang di sana...





 Malam tue kami wat BBQ & dalam masa yang sama, kami celebrate Mother's Day, Father's Day, dan Birthday Farhan 

Walaupun family day ni hanya 2 hari 1mlm,tp aku puas hati sbb aku tgk semua org happy :) Tempat ni mmg best utk family berhibur...ada kolam air gunung, kolam air panas yang berbeza suhu nye, boleh buat xtvt merebus telur kat air panas tue & Villa die mmg thumb up. High class gitu hehhe....Pada kwn2 yg belum penah g sana aku mmg suggestkan pergi la...mmg seronok :)..

Tuesday, July 12, 2011

♥ Jalan² di Putrajaya ♥

Semalam saje tengok koleksi gambar² lama, so terjumpa la picture ni...masa tue kami (aku,my love & Iman) g serbu rumah adik iparku, En.Farid Salleh dgn Pn.Mardiana. Kalau ikutkan planning, balik dari rumah adik, En hubby ada futsal dengan Geng STAR die. tp tetiba x jadi, so En hubby saje la bawak kami jalan² makan angin malam, melihat keindahan lampu² di Putrajaya...







♥ Cuti Sekolah ♥

Cuti sekolah baru² ni, ayah aku booking apartment di GreenaHill Apartment, Tanah Rata, Cameron Highland bagi menunaikan janji nya pada cik Dijah. So, kami pn tumpang bercuti sekali la hehehe..
Nak cita ttg perjalanan pergi, huh mmg mencabar gak la..dah lama x naik Cameron melalui Tapah. Dugaan gak la, sampai kene benti kejap la amik angin n melegakan rasa.
1st Stop 
2nd Stop

 Sampai² je kat apartment, kami makan tghari then ptg tue keluar g Muzium The Time. Byk gak la yg aku jumpa barang² dulu² masa zaman kecik²... Dijah pn dapat la tgk mainan zaman kami kecik² yang die x sempat rase hehehe...
Antara gambar kami di dlm muzium tue...

Umi & Ayah

Iman masa baru sampai apartment

Settle je kami minum kat cafe luar muzium tue..aku minum air Teh Strawbery dgn Strawbery Tart. Urmm mmg best...Yummy²...hehehe. Selesai makan semua, kami gerak ke pasar malam di Brinchang.. Byk gak la yg kami beli..sayur, buah, baju Iman n makan malam.
Sempat la berposing sambil tunggu minuman sampai

Iman posing dgn Atok die

Ni gambar masa berjalan menuju ke Pasar Malam Brinchang

Malam tue kami abiskan masa kat umah je hehehe..nk kluar sejuk. So lepak kat umah layan movie je. 

Picture ni semua ialah aktiviti kami di pagi ahad.





Kul 11 pagi kami check out..tp belum balik la tau. kami nak jalan² ke Ladang Boh..

Posing b4 balik

On the way ke ladang teh, mmg skit mencabar sbb kebetulan kami masuk pada waktu peek. org yg nak masuk ramai n org yg nak keluar pn ramai....huh mmg cuak gak la..jalan kecik, pastu sebelah tue lereng plak...takut je jatuh...nak selisih 2 kete pn susah. Tp Alhamdulillah kami selamat sampai ke Boh Plantation dgn selamat.